|
Tulisan ini diekstrak daripada kuliah dan nota ringkas Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah di MMU yang asalnya bertajuk 7 Ciri Muslim Cemerlang. Penulis .:: Muqaddimah ::. وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿۱۰۵﴾ Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". [at-Taubah 9:105] Sesungguhnya Allah Ta'ala menyukai apabila seseorang kalian bekerja, dia bekerja dengan cemerlang [Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan dinilai sahih oleh Mokhtar Ahmad Nadwi dalam semakannya ke atas Syu'ab al-Iman – hadis no:4930]
Islam adalah Deen (cara hidup) yang menuntut umatnya untuk
menjadi cemerlang. Cemerlang yang dituntut merangkumi segenap aspek. Hari ini
kita boleh lihat dalam matlamat mencapai
kecemerlangan (duniawi khususnya) umat Islam boleh dikatakan terbahagi
kepada tiga golongan. [1] Golongan yang memintas (bypass) Islam demi mencapai kecemerlangan.
Mereka inilah yang berfahaman sekularisme. Fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan sosial manusia. Bagi mereka agama adalah ritual di rumah-rumah ibadat semata dan tidak perlu campur tangan dalam urusan dunia baik pemerintahan, perniagaan, pekerjaan dan pelbagai lagi. [2] Golongan yang kononnya 'membebaskan' Islam daripada 'kekolotan' demi mencapai kecemerlangan. Golongan ini juga dikenali sebagai Islam Liberal.
Golongan liberal ini bagaikan satu tindak balas kepada kewujudan golongan yang terlalu literal atau jumud di dalam Islam. Sebagai contoh, sekiranya Islam Liberal menolak azab kubur golongan yang literal juga jumud pula terlalu berlebih-lebihan dan melampau-lampau dalam mempercayai azab kubur hingga wujudnya cerita-cerita dongeng dan hadis-hadis palsu semata-mata inginkan orang lain takut kepada azab kubur. [3] Golongan yang mengecapi kecemerlangan melalui Islam yang tulen sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Golongan ini boleh dikatakan di pertengahan antara golongan Islam yang liberal dan golongan yang Islamnya terlalu jumud. Untuk mencapai sebenar-benarnya kecemerlangan kita perlu berada di dalam golongan yang ke-3 ini. Golongan yang berpegang kepada ajaran Islam tulen yang dibawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan pemahaman para salaf (generasi awal Islam) kerana mereka adalah generasi terbaik. Golongan ke-3 juga adalah golongan yang terbuka terhadap kreativiti dan inovasi dalam urusan duniawi (muamalah) selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat dalam memperkasakan umat Islam namun bersikap tegas dalam memelihara kemurnian dan kesucian akidah dan ibadah daripada tokok tambah dan pencemaran. bersambung... alFaisal |
| nadia April 7, 2007 02:40 PM PDT its so cuteeee | ||
| Leave a Comment: |