|
Tahu
atau tidak, perasan atau tidak, ini adalah hakikat ! Menjadi muslim
adalah satu nikmat terhebat sepanjang kehidupan kita. Tetapi, sedarkah
berapa nilai kesyukuran kita kepada Allah , yang menyenaraikan kita
sebagai salah seorang muslim di muka bumi ini? Kita ada jenama sendiri. Apabila pergi kelas, membeli belah, bersukan dan sebagainya,kita adalah manusia berjenama muslim. Jangan lupa tu! Siapakah muslim? Muslim ialah : 1. muslim : orang (lelaki) yg beragama Islam; 2. memuslimkan
:1. menjadikan sesuatu bercirikan Islam: serba-serbi mesti dimuslimkan,
dibersihkan di dalam dan di luar; 2. menjadikan seseorang muslim; 3. kemusliman : ketinggian darjat seseorang sbg orang muslim: ~ seseorang insan. Muslim juga bermaksud, individu yang mengabdikan diri, menyembah, kepada Tuhan yang satu, iaitu Allah swt. Bukankah muslim atau mukmin itu tetap manusia? Pasti akan ada silap dan salah. Mukmin
atau tidak kita, jangan lupa bahawa kita muslim, dan muslim adalah imej
kepada islam itu sendiri. Islam itu kan baik? Mahu atau tidak, kenalah
jadi muslim yang baik, seperti yang Rasulullah beritahu dan gariskan
kepada kita. Ciri Muslim yang baik? 1. Mencintai Allah dan Rasul melebihi yang lain-lain Mencintai
Allah bukan sahaja bermaksud melakukan semua ibadah yang disuruh dan
meninggalkan larangan, tetapi mencintai Allah adalah dengan menjadikan
Allah sebagai tempat sandaran sepenuhnya, bukan 90% atau 95%, tetapi
100%. Bersandar kepada Allah sepenuhnya bermaksud kita hanya berharap
kepada-Nya, tanpa bantuan makhluk walau sedikit. Senang beginilah,
'kalau takda orang tu pun takpa ,Allah kan ada'. Kadang-kadang kita
terlalu bergantung kepada manusia sehingga satu tahap kalau tiada orang
tersebut, maka punahlah hidup, punahlah organisasi, punahlah segalanya.
Itu bukanlah ciri muslim yang baik. Dari
Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah bersabda : Belum sempurna iman
seseorang sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada
anaknya, bapanya dan kepada manusia semuanya. (Muslim) Cinta atau mahabbah ada tiga jenis : 1)
Cinta kerana hormat dan mengagungkan seperti cinta anak kepada ayahnya.
2) Cinta kerana kasih sayang seperti cinta ibu kepada anak, dan 3)
Cinta kerana kesedaran bahawa cinta itu adalah satu hal yang baik
(ihtihsan). Maka, cinta kepada Rasulullah meliputi ketiga-tiganya,
bahkan lebih mendalam lagi. (Syarah an-Nawawi, I:219) Cinta dan berkasih sesama makhluk itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun. Tetapi cinta yang manakah yang patut ditakluki oleh muslim? Inilah yang dikatakan sebagai cinta kepada makhluk kerana Tuhan-Nya. Juga kerana menyambut pengorbanan dan kasih sayang Rasulullah sebagai pesuruh Allah. Bermakna, apa yang Tuhan suruh, Rasul ajar, itulah yang menjadi jalan kepada cinta sesame makhluk, tak kiralah cinta kepada keluarga, sahabat, atau yang lain-lain.
2. Amar Maaruf Nahi Mungkar Amar
makruf nahi mungkar bermaksud, buat baik dan tinggalkan yang tidak
baik. Apa yang baik dan apa yang tidak baik? Siapa yang tentukan baik
buruk perbuatan kita? Tentulah agama itu sendiri. Kalau kita yang
tentukan sendiri perbuatan tersebut baik atau tidak, saya akan mencuri
telur ayam 10 biji dan menyatakan bahawa mencuri itu baik dan untuk ibu
saya yang mahu menyediakan sarapan pagi untuk saya. Tetapi agama Islam
ajar bahawa mencuri itu adalah salah. Jadi, nak tahu apakah yang baik
atau tidak, semua ada dalam al-quran. Kita sahaja yang kurang membaca,
malah ramai yang tak baca langsung pun. Simpan dan tayang dalam almari
kaca, dan berhabuk . Ada yang baca setiap tahun khatam, tapi tak pernah
ambil tahu satu isi kandungan pun. Susah lah untuk jadi muslim yang
baik.(nasihat untuk diri sendiri) Dari Thariq bin Syihab ra dari Abu Bakr ra katanya, Maksudnya : "Aku
mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Sesiapa di
antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya
dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia
mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa,
maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu
(iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim) Berkata Imam Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Fath al-Mubin li Syarh al-Arba'in dalam mensyarah kalimat (fabiqalbih=dengan hatinya) di dalam hadis yang tersebut di atas bahawa mengingkari dengan hati itu ialah : "Membenci akan kemungkaran itu dengan hatinya dan dia berazam jika dia berkuasa (mengingkarinya) dengan kata-kata atau perbuatan,(nescaya) dia akan menghapuskannya, kerana membenci maksiat wajib hukumnya. Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu. Jika redhanya itu kerana menghalalkannya (beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram) sedangkan hukum kemaksiatan itu haram dengan ijma' dan telah diketahui umum iaitu ma'lum min ad-din bi adh-dharurah, maka dia dihukumkan kufur. Manakala jika redhanya itu kerana menurutkan hawa nafsu ( tidak beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram), maka dia dihukumkan fasiq, tidak kufur dengannya. Perkara ini ( membenci kemungkaran) adalah wajib 'ain ke atas setiap orang kerana semua orang berkuasa pada melakukannya".
3. Menjaga lidah dan perbuatan Ini
adalah sangat penting, atas dasar bahawa apa yang kita cakap atau buat,
itulah yang dinilai sebagai diri kita. Contohnya, Ali berkata '
Manchester United bongek!' Ungkapan itu menunjukkan Ali tidak
menggemari pasukan bola sepak Manchester United. Kalau member kita cakap,'Aku nak pi Zouk malam ni, nak join??'. Dari ungkapan tersebut secara zahirnya menunjukkan bahawa member kita itu tidak mengikut jalan Islam yang sebenar walaupun hanya tidak sampai 10 perkataan pun. Kadang-kadang
kita lupa, lidah juga adalah asset yang berpotensi untuk dipotong di
akhirat kelak. Dengan membawa berita yang kurang pasti tentang
seseorang kepada orang lain, apabila sampai kepada orang yang
kesepuluh, ceritanya sudah berputar 180 darjah. Biasanya , kita akan
pesan kepada orang yang kita ceritakan ,' Weh, ni jangan bagitau orang
lain tau. Rahsia!!' Tetapi kita bagitau kepada semua sahabat-sahabat
kita tentang rahsia tersebut, dan mengulangi kenyataan tadi. Rahsia
kini sudah jadi Rahsia Awam(Public Secret). Yang lebih sedih andai
rahsia tersebut tidak benar dan menjadi fitnah . Sama-sama dapat dosa,
sama-samalah bertaubat insyaAllah. Rajah di bawah menunjukkan contoh penyampaian berita rahsia yang boleh membawa kepada fitnah.
Dari
Abdullah bin Amr bin Ash ra katanya seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah saw : "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik? Jawab
Rasulullah saw : Ialah orang-orang yang menjaga orang islam yang lain
dari bencana lidah dan perbuatannya."(Muslim) 4. Mencintai tetangga melebihi dirinya Dari
Abu Hurairah ra katanya Rasulullah bersabda : Siapa yang beriman dengan
Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan
siapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia
memuliakan tetamunya(muslim) Syeikh
Utsaimin berkata, ''Tetangga adalah orang yang tinggal berdekatan
dengan rumahmu atau jaraknya dekat dengan rumahmu. Ada atsar yang
menunjukkan bahwa tetangga adalah empat puluh rumah (yang berada di
sekitar rumah) dari setiap penjuru mata angin. Sehingga tidak diragukan
lagi bahawa yang berdekatan dengan rumahmu adalah tetangga. Apabila ada
khabar yang benar (tentang penafsiran tetangga) dari Rasulullah, maka
itulah yang kita pakai; namun apabila tidak, maka hal ini dikembalikan
pada 'urf (adat kebiasaan), yaitu kebiasaan orang-orang dalam
menetapkan seseorang sebagai tetangganya.' Kitab Syarah Riyadhus
Shalihin: V/204-205. Ada tiga jenis Tetangga :
Kedua, Tetangga muslim saja. Tetangga semacam ini mempunyai dua hak: Sebagai tetangga dan Hak islam; Ketiga, Tetangga kafir. Tetangga semacam ini hanya mempunyai satu hak, yaitu tetangga saja.
Dan
menjadi tugas kita untuk berdakwah kepada mereka sebaik mungkin kerana
siapa tahu,Allah membukakan pintu hatinya untuk menerima Islam .
Mungkin dengan menunjukkan akhlak yang baik, ciri-ciri muslim yang
baik, mereka terpikat dengan Islam itu sendiri. Persoalan
:Adakah kita memberi hak islam terhadap tetangga muslim kita? Adakah
kita memberi hak bukan Islam terhadap tetangga kita yang bukan beragama
Islam? Mungkin
dalam persekitaran universiti, boleh kita kaitkan dengan jiran hostel,
atau jiran rumah sewa dan tempat tinggal kita. Boleh juga kita
kategorikan kawan sebilik/kawan serumah sebagai tetangga kita. Dalam
menjaga perhubungan dengan tetangga, perkataan toleransi dan memahami
sangatlah penting . Dengan toleransi dan memahami, dapatlah kita
elakkan daripada pergaduhan atau pertengkaran dengan mereka. Jika
berlaku salah faham, ucapan maaf adalah ubat yang terbaik. Jangan
segan, malu atau egoistik dalam meminta maaf, kerana dengan meminta
maaf, anda adalah pemenang, menewaskan ego diri sendiri dan ego orang
lain.Kata-kata Luqman al-Hakim : " Tidaklah dapat kita mengenal orang
melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat kita ketahui orang
pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang
berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenali seorang
sahabat, melainkan ketika kita dalam kesusahan". Kesefahaman
dengan tetangga penting , kerana mungkin kita memerlukan bantuan atau
pertolongan mereka pada masa akan datang. Kalau kita ego, segan dan
malu untuk berhubung baik dengan mereka, pasti kita akan malu, segan
dan ego juga untuk meminta bantuan dengan mereka nanti. Harus
juga diingat, toleransi itu ada had dan tempatnya. Andai melampau
batas, bertindaklah dengan bijak. Jangan menunjukkan kebodohan kita
atas kesilapan orang lain. 5. Beri salam kepada orang yang kita temui. Dari
Abu Hurairah ra katanya Rasulullah bersabda: "Kamu tidak dapat masuk
syurga sebelum kamu beriman.Dan kamu belum dapat dikatakan mukmin
sebelum kamu kasih mengasihi antara satu sama lain. Sukakah kamu aku
tunjukkan jalan untuk berkasi-kasihan? Galakkanlah salam antara
kamu"(Muslim) Memberi
salam kepada muslim lain ibarat menghadiahkan bunga mekar yang tidak
akan layu. Kadang-kadang persepsi buruk seseorang terhadap kita, secara
automatik akan berubah sekiranya kita memberi salam beserta senyuman
kepada orang tersebut. Kalau tak percaya,boleh cuba. Bukan susah,
nampak muslim lain, senyumlah , dan beri salam yang mudah beserta
perasaan rendah diri . Assalamualaikum!. Kalau ramai sangat yang
terserempak dengan kita sepanjang jalan, mungkin kita boleh senyum
sahaja jika terpandang mereka. Mungkin
ucapan salam boleh digantikan dengan menyapa sahabat yang bukan islam
atau sahabat yang berada dalam lingkungan jahiliyyah dalam diri mereka.
Sapalah, hi!, atau hello!, atau pun good morning, good luck, atau lebih
mudah, angkat tangan sebagai tanda kita tidak sombong dan menunjukkan
bahawa Islam menggalakkan berhubung baik sesame manusia, asalkan tidak
lari dari landasan syariat. Dari
Abdullah bin Amr ra katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah
saw, "Islam yang bagaimanakah yang baik?" jawab Rasulullah saw, "
Memberi salam kepada orang yang anda temui, baik yang anda kenal atau
tidak kenal."(Muslim) Rujukan Riwayat Muslim (bab Muslim yang baik) ww.dbp.gov.my Syarah an-Nawawi Riyadh As-Salihin ___________________________________________________________________________ |
| Leave a Comment: |