|
Shape yourself to be yourself Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyanyang. Segala puji-pujian hanya kepada Allah, Pencipta sekalian alam. Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pensuruh Allah. Sungguh beruntung orang-orang yang menyucikan dirinya. Dan mengingati nama Tuhannya, lalu ia solat. [al-A'la 87:14-15]. Be Yourself Apabila berkata tentang konsep be yourself maka ramailah antara kita melihat ia adalah konsep yang sangat baik. Namun kerana konsep ini jugalah ramai manusia yang tidak mahu berubah, tidak mendengar nasihat dan menjadikannya alasan untuk terus melakukan kejahatan. "Kita jangan buat something yang org suruh. Be yourself!". " Tak perlu lah nak tunjuk baik. Be yourself!", "Dah nie diri aku nak buat macam mana.." "Aku taknak jadi hipokrit! Be yourself". Begitulah suara-suara sumbang yang biasa kita dengar dari seseorang yang enggan memperbaiki diri mereka apabila diberi nasihat. Bagi saya konsep be yourself hanya akan menjadikan seseorang itu statik, mundur dan jumud di dalam pemikiran. Mereka menjadikan be yourself sebagai alasan untuk menutup sikap mereka yang takut untuk berubah dan menerima perubahan. Oleh itu, saya lebih gemar untuk menggunakan konsep shape yourself berbanding dengan be yourself. Shape Yourself Shape yourself menuntut seseorang itu untuk membentuk diri mereka dan bukannya membiarkan diri mereka dalam keadaan yang statik atau berubah dengan sendiri mengikut keadaan.Dan konsep ini sebenarnya telah pun ditekankan di dalam Islam. ...Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri... [ar ra'd 13:11] Ayat di atas sendiri menyuruh kita membentuk (shape) diri kita, dan kita tidak akan berubah dengan sendiri kecuali kita sendiri mahu akan perubahan tersebut. Shape Yourself tak semestinya baik Apabila seseorang itu membentuk (shape) dirinya, tidaklah menjamin seseorang itu akan menjadi baik. Boleh jadi perubahan yang berlaku itu menjadikannya lebih teruk. Oleh itu ke manakah sebenarnya yang cuba kita bentuk (shape) diri kita?Untuk mendapatkan jawapabnya, haruslah kita merujuk kembali kepada sumber rujukan utama kita iaitu al-Quran Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu [Asy Syams 91: 8-9] Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. [An Naba' 78:39] Shape yourself to be yourself Setelah meneliti semula konsep be yourself, masih lagi ada pengajaran yang boleh di ambil dari konsep ini. Konsep be yourself menuntut diri kita untuk menjadi/menunjukkan diri kita yang sebenar. Oleh itu kita juga harus mengenali dan kembali kepada diri kita yang asli iaitu kembali kepada fitrah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Fitrah manusia adalah Islam, oleh itu mereka yang berpegang kepada konsep be yourself haruslah sedar dan berusaha untuk kembali kepada Islam dan tujuan hidup itu sendiri. Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [Adz Dzaariyat 51:56] Sekitar Hadith Pertama, Matan Arba'in Seperti mana yang telah saya kemukakan, mereka yang beralasankan be yourself untuk menolak nasihat sebenarnya beranggapan jika mereka berubah kerana terguran tersebut, seolah-olah mereka melakukannya kerana manusia (si penegur). Dalam fahaman mereka perkara ini adalah dilarang oleh Rasulullah seperti mana yang disebut di dalam hadith ini Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya [bukhari,muslim, an-nasaie, ibn majah, abu daud, ahmad] Adakah benar Rasulullah melarang seseorang untuk berubah (hijrah) kerana manusia? Hadith di atas adalah sahih tetapi pemahaman masyarakat terhadap hadith tersebut adalah salah. Harus diingat bahawa, apabila Rasulullah memberi teguran, teguran tersebut bukanlah untuk melarang individu tersebut untuk berbuat demikian, tetapi adalah untuk membetulkan kesalahan yang ada dan mengambil pengajaran daripada teguran tersebut. Oleh itu, dalam konteks ini, Nabi bukannya melarang sahabat tersebut dari berhijrah, tetapi menyuruhnya untuk membetulkan niatnya berhijrah. Maka , sikap yang benar yang patut kita amalkan ialah kita menetapkan dan membetulkan niat kita kerana Allah taala apabila ditegur sedemikian.Tambahan pula di dalam hadith tersebut, pemuda yang berhijrah kerana ingin berkahwin masih turut sama berhijrah. Namun di sana beliau menjadi muslim yang baik dan salah seorang sahabat Rasulullah. Bukankah ini juga salah satu pintu hidayah Allah? Bukankah Rasulullah juga menjadikan perkahwinan sebgai satu method dakwah? Jika manusia tidak boleh berubah kerana teguran manusia, maka sia-sialah Allah menghantar manusia (para nabi dan rasul) sebagai pemberi ingatan. .. Sia-sialah ibu bapa disuruh untuk mendidik anak-anak mereka dan sia-sialah suruhan Allah di dalam kitab-Nya yang menyuruh kita mengamalkan amar ma'ruf nahi mungkar. Sedangkan kerana suruhan tersebutlah kita disebut umat terbaik (al-Baqarah 3:110) Tips Shape Yourself Proses perubahan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi perlukan keazaman yang kuat. Di sini saya ada menyertakan beberapa tip dan galakan untuk berubah daripada Quran dan Sunnah Rasulullah. 1. Sentiasa berusaha memilih perkara yang baik walaupun bertentangan dengan kebiasaan hidup kita. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu [Asy Syams 91: 9] Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), [a' A'la 87:87] 2. Berusaha mengikhlaskan diri kita kepada Allah Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar. [an nisaa' 4:146] Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya [An-Nisaa' 4:125] 3. Lakukan secara berperingkat. Tidak perlu berubah secara mendadak Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. [Alam Nasyrah 94:7] 4. Selalulah berdoa kepada Allah supaya ditetapkan dalam usaha ini Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [al-Baqarah 2:186] 5. Yakinlah akan pertolongan Allah dalam proses perubahan Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[al-Ankabut 29:69] 6. Jika kita terkandas (mengulangi dosa tersebut) semasa dalam usaha perubahan, cepat-cepat bertaubatlah dan kemudian menyambung usaha tersebut Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maaidah 5:39) Kesimpulan Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha untuk merubah diri kita. Janganlah kita takut untuk berubah. Janganlah kita menutup hati kita apabila mendapat teguran atau nasihat daripada sesiapa pun. Dan tetap yakinlah kepada Rahmat Allah. Sebagai penutup saya sajikan sebuah hadith yang menunjukkan bertapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita.. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) Hadith ini bukanlah menunjukkan kita boleh melakukan apa sahaja dosa dan kemudian meminta ampun, tetapi menunjukkan bertapa sayangnya Allah kepada kita, Dia memberikan seberapa banyak perluang yang kita perlukan untuk memperbaiki diri kita. Oleh itu, jika kita terkandas ketika dalam proses perubahan ini, yakinlah bahawa Allah sentiasa mengampunkan kita selagi mana kita ikhlas dalam ingin berubah.(al-Isra' 17:25).Akhir kata, penulisan ini adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan sebagai manusia, penulis tetap melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka perbaiki lah, dan tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, aku menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku Wallahu'alam |
| irfankk March 31, 2007 03:33 PM PDT terima kasih jasamu akan dirahmati Allah Taala | ||
| azleen September 1, 2006 03:47 PM PDT assalamualaikum wbt.saudara/i saya tlh pun mengambil artikel saudara/i ini.maaf kerana sudah ambil br bgtau.tapi jika saudara/i x bg untuk dicopy paste kan,nnt saya akan delete artikel itu.maaf sgt2 | ||
| Leave a Comment: |