<< April 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


Links
  • Demipena (al Faisal)

  • Howevergreen.blogdrive (Syed Huzaifah)

    Search in al-Isra':

     
    User Name:

    Password:


    Forgot Password?


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



  •  
    Tuesday, April 25, 2006
    AL-QURAN TIDAK MENYURUH MENZALIMI PARA ISTERI

    "As for those from whom ye fear rebellion, admonish them and banish them to beds apart, and scourge them." An-Nisa 4:34.

     

    Yang dipersoalkan, sekiranya Islam adalah agama keamanaan mengapa seorang Isteri boleh didera kerana "scourge" disitu adalah bermaksud to inflict with severe suffering, to beat the wife really hard."

     

     

    Perkara ini bukan sahaja menjadi salah faham kepada bukan Islam tetapi juga sering digunakan pejuang-pejuang feminisme sebagai modal mereka memperlekahkan syariat Islam. Maka dengan ini saya mengambil sedikit inisiatif yang tidak seberapa menyusun kembali secara ringkas untuk melihat bernarkah Islam agama yang menggalakkan keganasan rumahtangga.

     

    Terjemahan perkataan وَاضْرِبُو kepada bahasa Inggeris yang menggunakan perkataan scourge adalah terjemahan al-Quran versi Picktall. Scourge bermaksud:

     

    verb

    1. whip with a scourge.

    2. cause great suffering to. [http://www.askoxford.com/dictionaries/]

     

    Terjemahan Inggeris lain yang tidak kurang popular seperti terjemahan Yusuf Ali dan M Asad menterjemahkan perkataan وَاضْرِبُو  sebagai beat. Sekalipun pada pandangan saya beat masih lagi tidak tepat namun gambarannya mungkin tidak seteruk perkataan scourge.

     

    Perlu diingat perkataan-perkataan yang diterjemah itu adalah pilihan penterjemah sendiri. Untuk benar-benar memahami konteks perkataan tersebut dengan ayat perlulah dilihat pada bahasa asli al-Quran iaitu bahasa arab kerana terjemahan mungkin tidak mampu memberikan makna yang betul-betul tepat. Oleh itu mari kita lihat teks arab dan keseluruhan ayat.

     

    الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

     

    Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [an-Nisa 4:34]

     

    وَاضْرِبُو  berasal daripada perkataan  ﺿﺮﺏ  yang bermaksud pukul. Namun pukul itu adalah sesuatu yang relatif baik dari segi kekuatan atau bentuknya. Masyarakat pada zaman diturunkan al-Quran tentunya lebih arif dengan bahasa al-Quran. Terdapat sebuah hadis yang saya percaya dapat menjelaskan makna  ﺿﺮﺏ  tidaklah seteruk yang digambarkan.

     

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Hai Abu Mundzir, ayat apakah yang paling agung dari Kitabullah menurut engkau?' Ubay menjawab: ' Aku berkata, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.'" Baginda bersabda, ' Hai Abu Mundzir! ayat apakah yang paling agung dari Kitabullah menurut engkau?' Katanya, ' Aku jawab, "Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyumu...'" (surah al-Baqarah 2:255). Kata Ubay, 'Lalu baginda menepuk dadaku seraya bersabda: 'Hai Abu Mundzir, semoga ilmu tetap menyayangimu'" [Hadis dari Ubay bin Kaab r.a. Diriwayatkan Muslim, Abu Daud dalam Sunannya dan Disahihkan oleh Sheikh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud, Kitab Solat (Bab Tentang Solat Witir: Ayat Kursi), hadis no. 1460]

     

    "...lalu baginda menepuk dadaku seraya bersabda" dalam teks arabnya adalah:

     

    ...ﻓﻀﺮﺏ ﰲ ﺻﺪﺭﻱ ﻭﻗﺎﻝ

     

    Sekiranya  ﺿﺮﺏ  bermaksud scourge adakah itu bermakna Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam "scourge" dada Ubay bin Kaab sebagai tanda gembira dan tahniah? Sudah tentu tidak. Selain itu juga mendera isteri juga adalah bertentangan dengan perincian atau penjelasan kepada al-Quran yang Allah turunkan iaitu Rasul-Nya Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam (akan dibincangkan lebih lanjut). Firman Allah yang bermaksud:

     

    Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan di kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran). [Ali Imran 3:164]

     

    Dalam isu memukul isteri kita perlu jelas akan tiga perkara:

     

    [1] Islam bukan menggalakkan memukul isteri, tetapi sebagai satu penyelesaian berhadapan dengan isteri yang menderhaka setelah melalui pelbagai peringkat.

     

    [2] Pukul yang dimaksudkan bukanlah seperti pukulan ahli gusti dan sebagainya tetapi pukulan yang lembut, tidak bersangatan atau pukulan isyarat.

     

    [3] Untuk tidak memukul adalah lebih hampir kepada sifat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

     

    Memukul Sebagai Pengajaran

     

    Ayat al-Quran diatas sendiri telah menerangkan bahawa hanya dibenarkan memukul isteri yang nusyuz (derhaka) setelah melalui bebrapa peringkat mengajar. Peringkat-peringkat yang dinyatakan di dalam ayat tersebut adalah seperti berikut:

     

    1. Memberi Nasihat.

     

    Firman Allah tersebut (Surah an-Nisa, ayat 34) menerangkan:

     

    "Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka".

     

    Suami seharusnya mula dengan menasihati isterinya yang derhaka dengan kata-kata yang lembut seperti " Jadilah perempuan yang saleh dan taat pada Allah Subhanahu wa Ta'ala" atau " Takutlah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala" dan pelbagai nasihat yang sesuai.

     

    2. Pulaukan atau pisahkan tempat tidur.

     

    Jika mereka masih berdegil maka peringkat yang berikutnya adalah dengan memulaukan atau memisahkan tempat tidur berdasarkan firman Allah (Surah an-Nisa, ayat 34):

     

    "…dan (jika mereka masih berdegil) pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka."

     

    Berkata Ibn 'Abbas:

     

    Jangan kamu (suami) tidur bersama di atas satu hamparan dan sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memulaukan isteri-isterinya, Baginda tidak masuk tidur bersama mereka selama sebulan. [al-Bada'I, JIL 2, ms 334; al-Qawanin al-Fiqiyyah, ms. 212 dan seterusnya; Mughni al-Muhtaj, JIL 3, ms. 257-261; al-Muhadhdhab, JIL 2 ms. 69; Kashshaf al-Qina', JIL 4, ms. 233-236. Dinukil daripada Fiqh dan Perundangan Islam (al-fiqh al-Islami wa Adilatuhu), Dr. Wahbah al-Zuhaili, DBP, 2001]

     

    3. Pukulan yang tidak bersangatan.

     

    Setelah melalui dua peringkat tersebut sekiranya isteri terus menderhaka maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang tidak bersangatan berdasarkan firman Allah (Surah an-Nisa, ayat 34):

     

    "…dan pukulah mereka"

     

    Sekali lagi ingin dijelaskan memukul di sini bukanlah seperti pukulan ahli gusti atau menyebat hamba abdi yang lebih kepada mendera. Tetapi pukulan disini adalah yang tidak bersangatan atas tujuan mengajar. Sesuatu pukulan yang tidak mencederakan tubuh tetapi memberi impak pada hati isteri yang degil dan derhaka.

     

    Menurut zahir ayat meskipu huruf wau pertama adalah untuk kata jamak mutlak, namun maksudnya ialah kata jamak menurut susunan dan wau tersebut membawa makna itu. [Fiqh dan Perundangan Islam (al-fiqh al-Islami wa Adilatuhu), Dr. Wahbah al-Zuhaili, JIL 7, DBP, 2001]

     

    Ibn Abbas dalam menjelaskan maksud ayat berkenaan menyatakan yang pukul di sini bermaksud bukanlah pukulan yang ganas. [Tafsir Ibn Kathir, bab Berdepan Dengan Perbuatan Buruk Isteri]

     

    Berkata Ibn Hajar al-Asqolani pukulannya hendaklah ringan sekali, yang lebih utama ialah dengan ugutan dan bentakan sahaja atau memadai pukulan dgn isyarat sahaja (acahan). [Fathul Bari 11/215]

     

    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

     

    Apabila seseorang kamu bergaduh dengan saudaranya, hendaklah dia menjauhi dari memukul muka kerana sesungguhnya Allah mencipta Adam atas imejnya. [Hadis daripada Abu Hurairah r.a, dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2612-4 (Kitab al-Birr…, Bab Larang daripada memukul muka).]

     

    Bagaimakah Islam yang melarang memukul muka sesama manusia boleh menggalakkan pemukulan berbentuk mendera? Sebagai contoh, andaikata hukuman berat dikenakan kepada seorang perogol bersiri adakah itu bermakna kita masyarakat yang tidak cintakan keamanan dan  sukakan keganasan? Maka salah faham bahawa Islam menggalakkan penderaan Isteri adalah tidak lain akibat gagal menganalisa secara keseluruhan Islam itu sendiri menyebabkan tafsiran dan gambaran salah terhadap suruhan memukul di dalam ayat Quran tersebut.

     

     

    Untuk tidak memukul adalah lebih hampir kepada sifat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

     

    Diriwayatkan daripada isteri baginda sendiri Aisyah:

     

    Rasulullah tidak pernah memukul isteri dan khadam baginda. Tangannya tidak memukul kecuali pada jalan Allah atau orang yang memceroboh perkara yang diharamkan Allah. [Muttafaqun 'alaih dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.(Nayl al-Awtar. JIL 6, ms. 212]

     

    Ketika Muawiyah bin al-Qusyairi bertanyakan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang hak-hak isteri. Baginda menjelaskan hak-hak tersebut dan antaranya:

     

    Dan janganlah engkau memukulnya. [Diriwayatkan Abu Daud dan dinilai Hasan Sahih oleh Sheikh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud (bab Tentang Hak Isteri Terhadap Suami) hadis no. 2143]

     

    Apabila banyak wanita yang mendatangi keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan perilaku suami-suami mereka (yang memukul mereka), Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

     

    Banyak wanita yang datang kepada keluarga Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan perihal suami-suami mereka. Mereka bukanlah oreng yang terbaik di antara kamu. [Hadis dari Iyas biun Abdullah bin Abu Dzubab. Diriwayatkan Abu Daud. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud (bab Memukul Isteri) hadis no. 2146 ]

     

    Rasulullah shallallahu alaihi wasallam juga bersabda:

     

    Tidak harus bagi seseorang daripada kamu menyebat isterinya seperti menyebat hamba, kemudian ia menidurinya pada akhir hari. [Disepakati antara Ahmad dan Syaukani serta empat pengarang sunan yang berempat daripada Abu Bardah Bin Nayyar bahawa hadis ini Sahih. Dinukil dari Fiqh dan Perundangan Islam (al-fiqh al-Islami wa Adilatuhu), Dr. Wahbah al-Zuhaili, DBP, 2001]

     

              Perkara ini bukanlah bermaksud berlakunya kontradiksi antara ayat al-Quran dan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tapi perlu kita ingat bahawa sunnah Rasululullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah perincian kepada al-Quran. Maka disini jelas bahawa al-Quran bukannya menggalakkan penderaan terhadap isteri cuma sekadar memberi penyelesaian dalam menghadapi isteri yang derhaka dengan memukul (dengan cara lembut) sebagai cara penghabisan atau 'last resort' atas tujuan memberi impak pada hati si isteri (agar sedar kedegilan dan kederhakaannya) bukannya mencederakan tubuhnya.

     

    Segala yang baik daripada Allah dan sebarang kesilapan adalah natijah daripada kelemahan diri saya sendiri sebagai ciptaan-Nya yang tidak sempurna.

     

    Wallahua'lam bisawab.

    Disusun oleh,
    alFaisal

    Cyberjaya
    20 Mac 2006 / 19 Safar 1427
    4.04 am


    Posted at 03:13 am by alFaisal
    Make a comment  

     
    Wednesday, January 18, 2006
    Korban, Pengorbanan dan Keikhlasan

    Korban, Pengorbanan dan Keikhlasan - Bahagian 1
    Oleh: Faisal Arba'in

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyanyang. Yang Maha Adil dan tidak akan sekali-kali berlaku zalim ke atas makhluk-Nya. Semoga coretan ini menjadi iktibar bagi diri ini dan anda. Aku memohon perlindungan daripada-Nya daripada ilmu yang sia-sia dan tipu daya syaitan dalam beragama. Semoga Allah memelihara kita di dalam perjalan mencari agama-Nya. Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[al-Ankabut 29:69]

    Sambutan Eidul Adha baru sahaja berlalu, dan kita sering memperkatakan tentang pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Namun sejauh manakah kita mengambil pengajaran melalui kisah-kisah itu. Jarang-jarang sekali kita mengorbankan kehendak kita, kesukaan kita dan kepentingan kita untuk Allah; malahan, ada yang berpendapat jika kita lakukan sesuatu (amalan) bukan dengan penuh kecintaan, dan senang hati untuk melakukannya, ia adalah sesuatu yang ditolak dan dikeji. Selalu kita dengari alasan-alasan seperti "hati masih belum terbuka"; "beramal tapi kalua tak ikhlas tak guna jugak" ; "kalua buat tak diterima, kalau x buat pun sama je..baik x yah buat" dan lain-lain lagi sebagai alasan untuk kita melarikan diri daripada menunaikan kewajiban agamanya. Ramai dikalangan kita yang menyangka bahawa jika kita beramal dengan perasaan berat hati adalah sesuatu yang tertolak.,dan kerana itulah mereka meninggalkannya. Kerana itulah masih ramai yang masih menunggu hatinya terbuka untuk bertudung. Kerana itulah ada yang hanya bersolat apabila terasa "ikhlas" untuk bersolat. Malahan ada yang mengatakan sesiapa yang biasanya tidak bersolat, dan tiba-tiba rasa ingin bersolat adalah ikhlas yang sebenar.

    Namun lain pula halnya jika kita melakukan sesuatu yang kita tidak sukai demi orang yang tersayang (iaitu kekasih kita) . Jika kita sanggup mengenepikan kepentingan diri kita, dan melakukan sesuatu yang tidak kita sukai demi kekasih kita, ia dikatakan sangat ikhlas. Dan dia dikatakan mencintai kekasihnya dengan penuh keikhlasan (kerana sanggup lakukan apa sahaja walaupun tidak disukainya demi kekasihnya). Namun mengapakah pendangan kita sangat berbeza jika kita berkorban untuk Tuhan kita yang sepatutnya menjadi "Kekasih Agung" kita.

    Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya kerana Allah taala. Adakah Nabi Ibrahim sangat berbesar hati untuk melaksanakan perintah tersebut? Di dalam al-Quran sendiri menceritakan bahawa Nabi Ibrahim bingung, sedih dan berat hati Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah itu lalu ditanyakan hal ini kepada Nabi Ismail sendiri. Hal ini diceritakan di dalam surah al-Baqarah 2:99-111. Bahkan, ada riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim pernah berkata ketika meninggalkan Ismail dan ibunya di kawasan yang terpencil, "Jika tidak diperintahkan oleh Allah, tidak mungkin aku akan meninggalkan kamu di sini".

    Di sini jelas bahawa Nabi Ibrahim sendiri juga merasa berat hati untuk melaksanakan perintah Allah, namun kerana mentaati Allah, Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah tersebut. Dan atas pengrorbanan besar Nabi Ibrahim itu, Allah telah menaikkan darjatnya dan mengelarkan Nabi Ibrahim sebagai Khalilur-Rahman iaitu sahabat ar-Rahman.

    Oleh itu, apakah pengertian ikhlas yang sebenar?

    Pengertian Ikhlas

    Perkataan ikhlas yang diguna pakai di dalam pertuturan seharian Bahasa Melayu adalah dipinjam daripada perkataan Arab. Namun, menurut pengguanaan bahasa Melayu ikhlas menurut kamus dewan membawa erti :

    (dengan) hati yang suci, tidak menipu, tulus,sangat jujur dan rela hati.

    Namun sebenarnya maksud ini adalah kurang tepat. Ikhlas berasal daripada perkataan Arab iaitu "akhlasa" yang bermaksud "membersihkan". Menurut syara', apabila disebut perkataan ikhlas ia membawa maksud kalimah tauhid, iaitu ucapan:

    "Tiada tuhan selain Allah"

    Kerana itulah surah ke-112 di dalam al-Quran dinamakan surah al-Ikhlas kerana surah ini memperkatakan tentang mentauhidkan Allah.

    Di dalam istilah usuluddin, ikhlas bermakna:

    "Membersihkan atau memurnikan akidah daripada mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya".
    atau
    "Mentauhidkan Allah dalam pengabdian atau ta'abbud kepada-Nya"

    Dalam pengertian tauhid pula, ikhlas bermaksud:

    "MengEsakan Allah atau hanya menyembah Allah dan mengibadahi Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan segala bentuk kesyirikan dan perkara yang bertentangan dengan sunnah"

    Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula berkata bahawa ikhlas membawa maksud 'iradah wajhallahu ta'ala bil'amal wa tasfiatu min kulli shaubin zaatin au dunyawin' yang bermaksud "mengkehendaki keredhaan Allah S.W.T dengan amal dan membersihkan amalan itu dari kecacatan yang bersifat diri sendiri (spt. nafsu, sifat malas dan lain-lain) atau yang bersifat duniawi (spt. harta benda, puji-pujian).

    Adakah sesuatu amal yang kita dilakukan akan diterima oleh Allah jika kita membenci untuk melakukannya atau jika kita memaksa diri kita untuk melakukannya?
    Contohnya, adakah seseorang yang tidak suka untuk memakai tudung, namun memaksa dirinya untuk memakai tudung kerana tahu akan kewajipannya (iaitu kerana Allah taala)? Pada kebiasaannya, kita akan berkata bahawa amalan tersebut adalah tertolak kerana si pelaku adalah tidak ikhlas kepada Allah. Dan kerana itulah, ramai diantara umat Islam sekarang cuma menunggu untuk hati mereka "terbuka" untuk berubah berbanding berusaha untuk berubah. Di sini saya ingin mengajak pembaca untuk memahami sepotong ayat daripada al-Quran

    "Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu... [surah al-baqarah 2:216]

    Di dalam kisah yang diceritakan di dalam ayat ini, apabila disyariatkan kepada orang2 mu'min untuk berperang dan terdapat diantara mereka yang tidak suka akan peperangan. Oleh itu Allah telah menurunkan ayat ini untuk menyuruh mereka tetap turun berperang. Dan apakah Allah akan menolak amalan jihad mereka sedangkan mereka telah mengenepikan kepentingan diri mereka hanya kerana Allah taala? Dengan sifat Maha Adil-Nya, Allah tidak kan mengurangi sedikitpun amalan dan usaha mereka seperti mana disebut di dalam al-Quran:

    "..Dan jika kamu taat pada kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyanyang" [surah al-Hujurat 49:14]

    Bahkan jika kita memahami ayat penuh di atas, orang-orang badwi itu masih belum beriman tetapi tetap tunduk patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan Allah tetap menjanjikan mereka balasan atas amalan mereka.

    Syarat amalan yang ikhlas

    Seperti mana definisi ikhlas iaitu mentauhidkan Allah, syarat ikhlas adalah mentauhidkan dan memurnikan ketaatan kita kepada  Allah di dalam setiap amalan kita. Ikhlas bermula dari niat yang bersumber dari hati. Oleh itu yang paling penting di dalam mencari keikhlasan adalah niat hanya kerana Allah. Seperti mana yang disebut oleh Rasulullah :

    "sesungguhnya segala amalan itu bermula dengan niat"
    [riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi]

    Setiap amalan hanya ikhlas jika dimulakan dengan niat hanya kerana Allah  seperti mana di dalam setiap ibadah di niatkan "kerana Allah taala" (lillahi ta'ala). Ucapan ikhlas ini di jelaskan lagi di dalam hadith sahih:

    "Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah : Sesiapa yang menuntut ilmu yang mana sepatutnya kerana mencari keredaan Allah tetapi tidaklah ia menpelajarinya kecuali kerana untuk mendapat kejayaan (kepentingan) dunia. Pasti ia tidak akan dapat mengharapkan (apa pun) dari syurga di Hari Kiamat, maksudnya tidak akan dapat baunya"
    [Riwayat Abu Dawud di dalam al-Ilm dan Ibn Majah di dalam al-Muqaddimmah]

    Kerana itulah, ikhlas telah dijadikan subtopik dibawah hadith pertama (Bab Niat) di dalam Kitab Matan Arba'in, Imam Nawawi. Ini kerana, asas kepada keikhlasan adalah mentauhidkan Allah atau meniatkan sesuatu amalan kepada Allah tanpa mengira kita suka ataupun tidak kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik bagi kita {2:216].

    Kesimpulan

    Oleh itu, marilah kita mempergiatkan amalan kita. Taat kepada Allah atas segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya walaupun perkara tersebut tidak kita sukai atau senangi. Kerana yang penting, bukan apa pendapat kita, tetapi apa pendapat Allah. Marilah;

    • kakak-kakak ku yang tidak bertudung untuk mula memakai hijab walaupun itu adalah sesuatu yang engkau tidak senangi. Kerana jika engkau memakainya kerana tahu bahawa Allah telah mensyariatkannya, maka engkau telah ikhlas (mentauhidkan Allah).
    • saudara-saudaraku yang tidak bersolat untuk tetap melakukan solat tak kira bertapa malasnya engkau untuk melakukannya. Kerana jika engkau tetap melawan nafsumu dan menunaikan solat kerana sedar akan kewajibannya yang telah Allah tetapkan, maka engkau telah ikhlas (mentauhidkan Allah).
    • sahabat-sahabatku untuk terus berusaha memperbaiki amalan mu, walaupun ia amatlah berat. Jika engkau melakukannya kerana ia adalah suruhan Allah menurut al-Quran dan Sunnah yang sahih. Maka engkau telah ikhlas(mentauhidkan Allah)

    Janganlah kerana fahaman kita yang silap menghalangi kita daripada memperbaiki diri kita walaupun ia kelihatan lebih benar; kerana Allah telah mengingatkan kita di dalam al-Quran: Dan syaitan memperindahkan kepada mereka apa yang mereka lakukan [al-an'aam 6:43]. Akhir kata, penulisan ini adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan sebagai manusia, penulis tetap melakukan kesilapan. Jika terdapat pemahaman yang silap, maka perbaiki lah, dan tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, aku menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku.

    Wallahu'alam


    Posted at 09:20 am by sabau
    Comment (1)  

     
    Thursday, January 12, 2006
    UPHD


    Bercerita mengenai peperiksaan, bagaimanakah agaknya reaksi kita andai sedang kita duduk dalam dewan peperiksaan dan mula menjawab soalan, tiba-tiba ada seorang di sebelah kita bangkit menjerit. Dengan nada tidak puas hati cuba menyalahkan pembuat soalan mengapa kertas ujian tersebut teramat susah. Atas sebab itu dia enggan menduduki peperiksaan tersebut. Pasti kebanyakkan kita akan menggeleng kepala bercampur pelik dan janggal, mengapa agaknya perlu begitu mudah menyerah kalah dan tidak berusaha sahaja meneruskan peperiksaan. Sekurang-kurangnya mencuba sebaik mungkin. Ujian mana yang tak mencabar, kalau segalanya mudah mana mungkin dapat merasa nikmat mendapat keputusan cemerlang atau sekurang-kurangnya nikmat lulus.

     

    Sedar atau tidak orang yang bangkit menemplak soalan ujian yang susah itu banyak terdapat di sekeliling kita dan mungkin diri kita sendiri yang tadinya rasa janggal dengan tindakan pembuat kecoh yang tidak puas hati dengan soalan peperiksaan yang susah.. Mungkin kita tidak begitu ketika melalui ujian-ujian sekolah atau Universiti tetapi ramai begitu ketika menduduki UPHD (Ujian Penilaian Hidup di Dunia).

     

    Ramai antara kita masih tidak sedar, dalam kita bersemangat menghadapi ujian-ujian di tempat kita belajar, kita sebenarnya sedang duduk dalam satu ujian yang lebih besar. Ujian yang keputusan dan ganjaranya ditentukan pada hari kebangkitan selepas mati nanti. Allah telah mengkhabarkan pada setiap manusia  melalui Rasul-Nya yang kita akan diuji. Firman Pencipta kita di dalam Al-Quran:

     

    أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ {2}  وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ {3}

     

    Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [Al-Ankabut 29:2-3]

     

    أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ {214}

     

    Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

     

    Sesungguhnya akhirat dan kiamat itu nyata. Firman Allah di dalam Al-Quran:

     

    إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ {1} لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ {2}

     خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ {3} إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا{4}

     وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا{5} فَكَانَتْ هَبَاء مُّنبَثًّا{6}

     

     

    Apabila terjadi hari kiamat,tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya.(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya, dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya, maka jadilah ia debu yang beterbangan, dan kamu menjadi tiga golongan.[Al-Waaqiah 56:1-6]

     

    وَاتَّقُواْ يَوْماً لاَّ تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئاً وَلاَ يُقْبَلُ مِنْهَا شَفَاعَةٌ وَلاَ يُؤْخَذُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلاَ هُمْ يُنصَرُونَ {48}

     

    Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa'at dan tebusan dari padanya, dan tidaklah mereka akan (dapat) ditolong (dari luar). [Al-Baqarah 2:48]

     

    Hidup ini tak lain adalah sekadar ujian untuk melihat sejauh manakah kelayakkan kita di perkampungan akhirat yang kekal dan tiada penghujung. Antara ujian-ujiannya adalah nikmat kebaikan atau kesusahan di dunia. Allah sudah membocorkan pada kita ujian-ujian yang akan kita lalui dalam menguji ketaqwaan kita dalam firman-firmanNya di dalam Al-Quran, antaranya yang dapat saya sertakan di sini, Allah berfirman:

     

    فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ {49}

     

     

    Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.[Az-Zumar 39:49]

     

     

    وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ {28}

     

    Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai fitnah(ujian) dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.[Al-Anfal 8:28]

     

    إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ {15}

     

    Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah ujian (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar.[At-Taghabun 64:15]

     

    وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ {14}

     

    Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.[Al-Baqarah 2:155]

     

    كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ  {35}

     

    Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.[Al-Anbiya 21:35]

     

    Itulah seba sedikit firman-firman Allah yang dapat saya sertakan mengikut kemampuan ilmu saya yang cetek. Apakah perasaan kita andai kita telah diberitahu apakah yang akan dilalui untuk peperiksaan kita atau kita telah diberi tahu apakah kandungan kertas peperiksaan kita. Sudah tentu seronok bukan? Kerana kita dapat berusaha dan bersedia untuk menghadapinya. Maka kita juga sepatutnya telah bersedia dalam menghadapi ujian-ujian dalam hidup Andai kita memahami konsep bahawa hidup ini semata-mata adalah ujian maka kita perlulah lebih bersedia menghadapinya. Nah gambaran ujian yang akan dilalui telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Apakah persediaan kita dalam menghadapi UPHD? Adakah kita ingin menjadi calon peperiksaan yang bangkit mempersoalkan mengapa peperiksaan ini susah atau calon yang berusaha sedaya upaya menjawab peperiksaan dan bertawakkal pada Allah? Renungkan seketika.

     

    Setelah kita jelas yang hidup ini adalah medan ujian Allah kepada kita dalam menyaring hamba yang terbaik untuk ditempatkan di dalam syurga-Nya yang amat indah, kita lihat pula apakah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi ujian baik berupa nikmat kebaikan atau keadaan tidak menyenangkan bagi memastikan kita kekal sebagai hamba-Nya yang tunduk patuh dan tidak tersesat. Beberapa perkara yang dapat saya gariskan berdasarkan kemampuan ilmu saya yang fakir ini adalah:

     

    1. Bersabar

     

    Rata-rata banyak dari kita tewas di peringkat paling penting ini apabila ditimpa musibah khususnya. Dengan runtuhnya benteng kesabaran maka seterusnya akan membawa kepada lebih banyak bisikan-bisikan negatif yang memudharatkan diri. Ketahuilah Allah menyukai orang-orang bersabar. Dalam firman-Nya di dalam Al-Quran dijelaskan:

     

    وَاللّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ {146}

    Allah menyukai orang-orang yang sabar. [Ali Imran 3:146]

     

    Dan balasan baik sentiasa menanti mereka yang sabar. Contohnya seperti yang diterangkan oleh hadis Dari Anas bin Malik:

     

    Aku mendengar Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah berfirman, Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya (merampas dua kesayangannya), lalu ia bersabar, nescaya Aku ganti dengan syurga." [1]

     

     

    2. Kenal kemampuan diri dan kemampuan Allah

     

    Kita sering lupa bahawa kita manusia mempunyai pengetahuan dan kemampuan yang teramat terhad. Kemampuan kita begitu terhad sehingga kita tidak mampu hidup tanpa bantuan dan alatan-alatan. Sekiranya dalam soal duniawi pun sudah jelas kelemahan kita apatah lagi dalam soal-soal yang melampaui kemampuan kita untuk menafsir. Kita adakalanya tak mampu melihat sesuatu lebih dari kemampuan kita.  Setiap sesuatu yang terjadi itu baik atau buruk sesungguhnya Allah telah mengetahuinya lebih dari apa kita tahu kerana Dia pemilik ilmu yang luas dan maha Meliihat. Firman-Nya dalam Al-Quran:

     

    وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ {216}

     

    Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [Al-Baqarah 2:216]

     

    قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَة...ِ{46}  

     

    Katakanlah: "Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui barang ghaib dan yang nyata… [Az-Zumar 39:46]

     

    Memang menjadi lumrah manusia untuk mudah menilai tiap sesuatu tanpa melihat hikmah disebalik sesuatu kejadian. Kadang-kadang mungkin tidak ketemu hikmah atau kebaikan tersebut, itu bukan kerana kebaikan itu tiada tapi kerana neraca apa yang baik dan apa yang buruk yang kita guna adalah bukan bersumberkan agama Allah yang lengkap. Hikmah yang kita selongkar adalah berdasarkan apa yang kita rasa baik bukan apa yang Allah rasa baik buat kita. Perlu diingat sekali lagi Allah lebih tahu. Tiap ujian atas kita sebenarnya menguji kita kearah manakah kita akan menjerumuskan diri, andai kita mengambil langkah positif maka bertambah baik hidup begitu juga sebaliknya. Orang bijak akan menukarkan musibah itu menjadi peluang dan yang tidak bijak akan membuatkan masalah bertambah parah. Ingatlah apa yang diuji sebenarnya mampu kita lalui, melainkan imaginasi kita sahaja menipu diri mengatakan kita tidak mampu. Firman Allah:

     

    لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ...{286}

     

    Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. [Al-Baqarah 2:286]

     

    3. Tahu tujuan diciptakan

     

    Kebanyakkan dari kita sebenarnya masih tergapai-gapai dalam mencari-cari jawapan apakah sebenarnya tujuan kita diciptakan menyebabkan kita tewas dari mengikuti jalan yang benar apabila diuji baik dengan kesenangan maupun kesusahan. Telah saya bahaskan mengikut pandangan dan pengetahuan saya dalam satu penulisan ringkas sebelum ini mengenai tujuan diciptakan kita. Secara ringkas yang paling  jelas tujuan kita diciptakan adalah seperti yang diterangkan Pencipta kita sendiri kepada kita secara terang:

     

    وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ {56}

     

    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat padaku. [Adz-Dzaariyaat 51:56]

     

    Sebagai hamba tempat kita di dunia ni bukanlah untuk bersantai. Bayangkan andai seorang hamba berkelakuan sebegitu pastinya janggal bagi akal yang sihat. Sebagai hamba kita mempunyai tanggungjawab yang perlu dipikul dan cabaran atau ujian yang perlu dilalui. Dengan memahami peranan dan tanggungjawab kita ini dapat mengelakkan kita mudah terbabas dari jalan kebenaran.

     

    4. Bersyukur

     

    Dalam penulisan saya yang lepas pun telah saya bangkitkan bagaimana bersyukur juga merupakan salah satu elemen tujuan manusia diciptakan beriringan dengan elemen yang telah diterangkan di atas, iaitu sebagai hamba yang mengabdikan diri beribadat. Kerana dengan ada rasa berterima kasih kepada Tuhan maka wujudnya satu benteng kukuh dalam menangkis bisikan-bisikan syaitan dan hawa nafsu apabila diuji. Seorang yang tidak tahu bersyukur akan tidak berpuas hati apabila ditimpa musibah dan lupa diri bila pula apabila diberi kesenangan. Dalam melalui ujian hidup berapa kali pernah kita renungi pemberian Allah yang sangat bernilai mengatasi cabaran yang diberikan pada kita? Tak perlu ambil banyak, kita ambil satu pun sudah cukup besar dan bernilai, iaitu kurniaan nikmat hidup. Tiap hari kita bangkit, masih hidup, masih berpeluang mencorakkan hidup kita tak kiralah semalamnya buruk ataupun indah. Itu satu pun sudah cukup besar, maka berapa banyak lagi nikmat lain?

    وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ {34}

     

    Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah). [Ibrahim 14:34]

    فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ {13}

     

    Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [Ar-Rahman 55:13]

     

    Maka kita perlu melatih diri untuk bersyukur atas setiap pemberian tidak kira baik atau buruk kerana kita belum pasti yang buruk itu membawa mudharat dan yang baik itu terpelihara dari mudharat. Maka bersyukurlah kita atas tiap sesuatu kerana sekalipun ianya bukan yang terbaik tapi banyak lagi nikmat Allah telah beri sebagai bukti sayangya Dia pada kita. Mengapa melihat dugaan yang satu sedangkan nikmat-Nya beribu?

     

    وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ {7}

     

    Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" [Ibrahim 14:7]

     

     

    5. Tidak putus asa berdoa

     

    Doa merupakan salah satu ibadat yang menunjukkan tunduk dan patuh kepada Allah suhanaAllah ta’la. Ianya merupakan method dalam memohon pertolongan daripada Allah dan agen merendah diri dan menangkis rasa sombong terhadap Pencipta.. Ianya juga merupakan satu interaksi keyakinan antara hamba dan Penciptanya. Topik perbahasan mengenai doa amat luas bukanlah seringkas yang saya sediakan, ini cuma sebagai sedikit perkongsian insyaAllah. Apabila melalui kesulitan atau kesenangan janganlah lupa untuk terus berdoa kepada Allah. Firman-Nya:

     

    أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ...{62}  

     

    Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya? [An-Naml 27:62]

     

    وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ...{60}  

     

    Dan Tuhanmu berfirman: "berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. [Ghafir 40:60]

     

    وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ {56}

     

    dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. [Al-A’raf 7:56]

     

    Tetapi tidaklah memadai kita melihat ayat-ayat diatas tanpa meneliti juga ayat berikut:

     

    وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ {186}

     

    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]

     

    Bagi mereka yang tertanya jika Allah telah menyatakan akan memakbulkan doa-doa hamba-Nya kenapa masih ada yang tidak dimakbulkan? Seperti saya katakan topik ini luas. Dalam berdoa ada adab-adab yang perlu diambil perhatian.Namun secara ringkas boleh hadis berikutnya menjelaskan juga mengapa terjadinya doa tak dimakbulkan. Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

     

    Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya “ [3]

     

    Dan di dalam hadis lain menyatakan. Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

     

    Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan [4]

     

     

    Penutup kata

     

    Bukan mudah untuk mendapat sesuatu kesenangan. Untuk mendapat segulung ijazah pun sudah melalui pelbagai ujian, peperiksaan atau penilaian. Inikan pula untuk mendapat tempat yang baik di akhirat kelak dan memperolehi rahmat serta kasih sayang Allah. Saya harap serba sedikit perkongsian pendapat saya ini dapat memberi manfaat pada yang membaca dalam melalui ujian hidup baik yang susah dan getir atau kesenangan dan kegembiraan. Ingatlah bahawaanya kita semua akan kembali pada-Nya suatu hari nanti. Laluilah ujian anda dengan jayanya dan moga mendapat keputusan yang terbaik kelak di padang masyar. Ameen!

     

     سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ{24}

     

    kesejahteraan bg kalian kerana kesabaran dalam menta'ati Allah dan menerima cobaan-Nya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan. [Ar-R’ad 13:24]

     

     

    -------------------------------------------------------------------------------------------------------

     

    [1] Sahih Bukhari, Kitab Sabar,70/5221. Juga diriwayatkan dalam Musnad Ahmad.

     

    [2] Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih.

     

    [3] Sahih Muslim, Kitab zikir, doa, taubat dan istighfar (Kitab Al-Dhikr),35/6593, 35/6594, 35/6595.


    Posted at 09:57 am by alFaisal
    Comment (1)  

     
    Wednesday, January 11, 2006
    Pendapat Imam2 Mazhab tentang hadis?

    BEBERAPA PENDAPAT IMAM MAZHAB TENTANG HADITS

     

    Berikut ini disebutkan beberapa pendapat Imam madzhab yang dapat menjelaskan kebenaran kepada para pengikut mereka:

     

    A) Imam Abu Hanifah, yang ajaran-ajaran fiqihnya menjadi rujukan ramai, berkata:

    1. Tidak boleh seseorang mengambil pendapat kami sebelum mengetahui dari mana kami mengambilnya.

    2. Haram bagi yang tidak mengetahui dalil saya kemudian memberi fatwa dengan kata-kata saya, karena saya adalah manusia biasa, yang sekarag bicara sesuatu dan besok tidak bicara lagi.

    3. Jika saya mengucapkan pendapat yang bertentangan dengan Al-Qur'an serta hadits Nabi Shallahu 'Alaihi wa Sallam maka tinggalkanlah perkataan saya.

    4. Ibnu Abidin berkata dalam bukunya: Jika hadits itu shahih dan bertentangan dengan madzhab, maka haditslah yang dipakai dan itulah madzhabnya. Dan dengan mengikuti hadits itu, tidak berarti penganutnya telah keluar dari pengikut Hanafi. Diriwayatkan dari Abu Hanifah bahwa beliau berkata: Jika hadits itu benar maka itulah madzhab saya.

    B) Imam Malik, Imam penduduk Madinah, berkata:

    1. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang bisa salah dan bisa benar. Maka perhatikanlah secara kritis pendapatku, yang sesuai dengan kitab dan sunnah ambillah, dan setiap pendapat yang tidak sesuai dengan kitab dan sunnah tinggalkanlah.

    2. Setiap orang sesudah Nabi bisa diambil ucapannya dan bisa ditinggalkan, kecuali Nabi Shallahu 'Alaihi wa Sallam .

    C) Imam Syafi'i daripada keluarga Ahli Bait, berkata:

    1. Setiap orang ada yang pendapatnya sesuai dengan sunnah Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam dan ada yang tidak sesuai. Jika saya berkata dengan suatu pendapat atau berdasarkan sesuatu pendapat dari Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam , tapi kenyatannya bertentangan dengan ucapan Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam , maka pendapat yang benar adalah ucapan Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam dan itulah pendapat saya.

    2. Orang-orang Islam telah melakukan ijma' bahwa barangsiapa yang jelas mempunyai dalil berupa sunnah Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam maka tidak dihalalkan bagi seorangpun meninggalkannya karena ucapan orang lain.

    3. Jika kamu mendapatkan hal-hal yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam dalam buku saya maka ikutilah ucapan Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam dan itulah pendapat saya juga.

    4. Jika suatu hadits itu shahih maka itulah madzab saya.

    5. Beliau berkata kepada Imam Ahmad bin Hambal: Anda lebih pandai dari saya tentang hadits dan keadan para periwayat hadits, jika anda tahu bahwa sesuatu hadits itu shahih maka beritahukanlah kepada saya sehingga saya akan berpendapat dengan hadits itu.

    6. Setiap masalah, yang mempunyai dasar hadits shahih menurut para ahli hadits, dan bertentangan dengan pendapat saya maka saya akan kembali pada hadits tersebut selama hidup atau sesudah mati.

    D) Imam Ahmad bin Hambal, Imam para pengikut Ahli Sunnah, berkata:

    1. Jangan engkau bertaklid kepadaku atau Imam Syafi'I atau Imam Auza'I atau Imam Ats-Tsaury , tapi ambillah dari mana mereka mengambil.

    2. Barangsiapa menolak hadits Rasulullah Shallahu 'Alaihi wa Sallam , maka ia berada ditepi kehancuran.

     

    -----------------------------------------------------------------------------

    Bimbingan Islam untuk Pribadi dan Masyarakat, Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu. Penerbit: Darul Haq, Jakarta. Cet. IV, Dzulqa'dah 1421 H/Februari 2001 M, hal.193-199


    Posted at 06:22 am by Howevergreen
    Make a comment  

     
    Sunday, January 08, 2006
    ISLAMIC METHOD OF SLAUGHTERING ANIMALS RUTHLESS?

     

    ISLAMIC METHOD OF SLAUGHTERING

    ANIMALS APPEARS RUTHLESS?

     

     

    Question:

    Why do Muslims slaughter the animal in a ruthless manner by torturing it and

    slowly and painfully killing it?

     

     

    Answer:

    The Islamic method of slaughtering animals, known as Zabiha has been the

    object of much criticism from a large number of people.

    One may consider the following points, which prove that the Zabiha method is

    not only humane but also scientifically the best:

     

     

    1. Islamic method of slaughtering animal

     

    Zakkaytum is a verb derived from the root word Zakah (to purify). Its infinitive is

    Tazkiyah which means purification. The Islamic mode of slaughtering an animal

    requires the following conditions to be met:

     

    a. Animal should be slaughtered with sharp object (knife)

    The animal has to be slaughtered with a sharp object (knife) and in a fast

    way so that the pain of slaughter is minimised.

     

    b. Cut wind pipe, throat and vessels of neck

    Zabiha is an Arabic word which means 'slaughtered'. The 'slaughtering' is

    to be done by cutting the throat, windpipe and the blood vessels in the neck

    causing the animal's death without cutting the spinal cord.

     

    c. Blood should be drained

    The blood has to be drained completely before the head is removed. The

    purpose is to drain out most of the blood which would serve as a good

    culture medium for micro organisms. The spinal cord must not be cut

    because the nerve fibres to the heart could be damaged during the process

    causing cardiac arrest, stagnating the blood in the blood vessels.

     

    2. Blood is a good medium for germs and bacteria

    Blood is a good media of germs, bacteria, toxins, etc. Therefore the Muslim way

    of slaughtering is more hygienic as most of the blood containing germs,

    bacteria, toxins, etc. that are the cause of several diseases are eliminated.

     

    3. Meat remains fresh for a longer time

    Meat slaughtered by Islamic way remains fresh for a longer time due to

    deficiency of blood in the meat as compared to other methods of slaughtering.

     

    4. Animal does not feel pain

    The swift cutting of vessels of the neck disconnects the flow of blood to the

    nerve of the brain responsible for pain. Thus the animal does not feel pain.

    While dying, the animal struggles, writhers, shakes and kicks, not due to pain,

    but due to the contraction and relaxation of the muscles defecient in blood and

    due to the flow of blood out of the body.

     

     

    by Dr Zakir Naik

     

    Posted at 02:55 pm by howevergreen
    Make a comment  

    Posted at 07:04 am by Howevergreen
    Make a comment  

    Biografi Pendek Yusuf Qardhawi

    Prof Dr al-Qardhawi

    Lahir di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Usia 10 tahun, beliau sudah hafal al-Qur'an. Menamatkan pendidikan di Ma'had Thantha dan Ma'had Tsanawi, Qardhawi terus melanjutkan ke Universitas al-Azhar, Fakulti Ushuluddin. Beliau  lulus pada tahun 1952. Tapi beliau mendapat gelaran doktot  pada tahun 1972 dengan tajuk tesis"Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan", yang kemudian di sempurnakan menjadi Fiqh Zakat. Sebuah buku yang sangat konprehensif membahas persoalan zakat dengan nuansa modern.

    Kerana  beliau lambat meraih gelaran doktor,  beliau sempat meninggalkan Mesir akibat kejamnya rezim yang berkuasa saat itu. Beliau terpaksa berpindah ke  Qatar pada tahun 1961 dan di sana sempat mendirikan Fakulti Syariah di Universitas Qatar. Pada masa yang sama, beliau  juga mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Beliau mendapat kewarganegaraan Qatar dan menjadikan Doha sebagai tempat tinggalnya.

    Dalam perjalanan hidupnya, Qardhawi pernah 'menganyam'  "pendidikan" penjara sejak dari mudanya. Saat Mesir dipegang Raja Faruk, dia masuk penjara pada  tahun 1949, saat umurnya masih 23 tahun, kerana keterlibatannya dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Pada April tahun 1956, ia ditangkap lagi saat terjadi Revolusi Juni di Mesir. Pada tanggal  Oktober , kembali beliau menerkam penjara  selama dua tahun.

    Qardhawi terkenal dengan khutbah-khutbahnya yang berani sehingga sempat dilarang menjadi  khatib di sebuah masjid di daerah Zamalik. Alasannya, khutbah-khutbahnya dinilai memberikan pendapat umum tentang ketidak adilan rejim saat itu.

    Qardhawi memiliki tujuh anak. Empat puteri dan tiga putera. Sebagai seorang ulama yang sangat terbuka, dia membebaskan anak-anaknya untuk menuntut ilmu apa saja sesuai dengan minat dan bakat serta kecenderungan masing-masing. Dan hebatnya lagi, dia tidak membezakan pendidikan yang harus ditempuh anak-anak perempuannya dan anak laki-lakinya.

    Salah seorang puterinya memperoleh gelar doktor fizik dalam bidang nuklear dari England. Puteri keduanya memperoleh gelar doktor dalam bidang kimia juga dari England, sedangkan yang ketiga masih menempuh alam unibersiti. Adapun yang keempat telah menyelesaikan pendidikan S1-nya di Universiti Texas Amerika.

    Anak laki-laki yang pertama menempuh S3 dalam bidang teknik elektro di Amerika, yang kedua belajar di Universitas Darul Ulum Mesir. Sedangkan yang bungsu telah menamatkan pendidikan pada fakulti teknik jurusan listrik.

    Dilihat daripada  pendidikan agama kepada anak-anaknya, kita bisa membaca sikap dan pandangan Qardhawi terhadap pendidikan modern. Dari tujuh anaknya, hanya satu yang belajar di Universitas Darul Ulum Mesir dan menempuh pendidikan agama. Sedangkan yang lainnya, mengambil pendidikan umum dan semuanya ditempuh di luar negeri. Sebabnya ialah, kerana Qardhawi merupakan seorang ulama yang menolak pembagian ilmu secara dikotomis. Semua ilmu duniawi dan ukhrawi , tergantung kepada orang yang memandang dan mempergunakannya. Pemisahan ilmu secara dikotomis itu, menurut Qardhawi, telah menghambat kemajuan umat Islam.

    DI edit oleh

    Huzaifah

    4.34 am

     

    http://www.geocities.com/pustaka_indonesia/Dr_Yusuf_AlQardhawi.htm


    Posted at 03:35 am by Howevergreen
    Make a comment  

    Previous Page